CHENGDU: Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Pemain profesional perseorangan wanita negara Goh Jin Wei telah melakukan yang terdaya, sebelum tewas kepada Tai Tzu Yin dalam dua set, pada kejohanan yang berlangung di Pusat Sukan High-Tech Zone Chengdu, di sini.
Bekas juara dunia remaja dua kali itu, berjaya mendahului seketika pada kedua-dua set, namun Tzu Ying akhirnya menang tipis 21-19, 22-20, untuk memberikan Taiwan mata pertama mereka.
Jin Wei mengakui kekuatan mental beliau tidak cukup kuat untuk kekal mendahului pada kedua-dua perlawanan, ketika berhadapan pemain nombor lima dunia itu yang tidak pernah beliau kalahkan selepas pertemuan empat kali.
"Saya rasa kelebihan pemain 10 terbaik dunia ialah mereka mempunyai kekutan mental ketika mata penting dan mampu untuk mengubah strategi. Saya percaya saya perlu kuatkan lagi mental saya dan perlu lebih berani lagi," katanya kepada media selepas perlawanan.
Pada perlawanan kedua, pasangan bidang terjun yang diketuai kapten pasukan Teoh Mei Xing dan pasangannya Go Pei Kee, memberikan sedikit harapan apabila mereka memberikan mata tunggal Malaysia dengan mengejutkan pasangan ke-24 dunia Hsu Ya Ching-Lin Wan Ching.
Mei Xing-Pei Kee yang tidak pernah bermain bersama sejak lebih dari setahun itu, mempamerkan permainan yang bertenaga untuk menewaskan Ya Ching-Wan Ching, 21-19, 21-17.
Mei Xing yang gembira kerana dapat memberikan mata untuk Malaysia, mengakui mereka tidak merasakan sebarang tekanan selepas kekalahan Jin Wei, dan terus mengikuti rancangan yang akhirnya menjadi dan membolehkan mereka menyamakan kedudukan 1-1.
Bagaimanapun Taiwan berjaya mendahului semula selepas pemain ke-27 dunia Wen Chi Hsu yang tewas set pertama kepada K. Letshanaa, berjaya menguasai dua lagi set pada perlawanan yang berlangsung sehingga 57 minit.
Letshanaa yang berkedudukan ke-68 dunia itu, bermula cemerlang dengan menang set pertama 21-13, sebelum tewas dua set seterusnya kepada pemain berusia 26 tahun itu, 17-21, 16-21.
Pemain kelahiran Selangor itu berkata beliau hilang fokus ketika mata penting, yang telah menyebabkan beliua kehilangan peluang mengejutkan Chi Hsu pada pertemuan pertama mereka.
Kekalahan itu menyebabkan Malaysia terpaksa bergantung kepada pasangan beregu kedua negara Ho Lo Ee-Tan Zhing Yi untuk menyamakan kedudukan.
Namun Lo Ee-Zhing Yi gagal melakukannya dan mereka tewas kepada pasangan Hu Ling Fang-Teng Chun Hsun, 17-21, 11-21 dalam masa 32 minit.
Zhing Yi berkata beliau kecewa kerana gagal memberikan mata bagi menyamakan kedudukan, sementara Lo Ee menyatakan yang mereka tidak dapat bermain mengikut rentak sebenar mereka, yang menyebabkan prestasi kurang memberangsangkan mereka hari ini.
Pemain perseorangan ketiga Taiwan Sung Shuo Yun melengkapkan perlawanan dengan memberikan mata keempat kepada pasukannya selepas menewaskan Wong Ling Ching, 21-17, 22-20.
Berikutan kekalahan hari ini, peluang Malaysia untuk ke suku akhir menjadi sukar, kerana esok mereka akan berhadapan naib juara 2018 Thailand, yang mengalahkan Australia 5-0, dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B.
Hanya dua pasukan teratas, layak ke suku akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 28 2024
Aksi pemain perseorangan wanita negara Wong Ling Ching ketika menentang pemain Taiwan Sung Shuo Yun dalam saingan Kumpulan B Kejohanan Badminton Piala Uber 2024 hari ini. - Foto Bernama
Astro tawar 51 perlawanan UEFA EURO 2024 HD di SPOTV Stadia, SPOTV2
Semua pelanggan Astro Sports Pack akan mendapat akses percuma sehingga ke perlawanan akhir pertandingan tersebut
Niaga AWANI: Jepun penyumbang utama eksport kayu sarawak dengan nilai RM1.67 bilion pada 2023
Jepun kekal jadi penyumbang utama hasil industri perkayuan Sarawak dengan RM1.67 bilion pada tahun 2024 dan RM387 juta setakat sduku pertama 2024.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Jumlah jawatan suku pertama meningkat 1.5 peratus - DOSM
Jumlah jawatan pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) meningkat sebanyak 1.5 peratus dari tahun ke tahun kepada 8.94 juta jawatan, iaitu rekod tertinggi sejak 2018.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: India import 285,829 tan minyak sawit Malaysia pada April
India mengimport 285,829 tan minyak sawit dari Malaysia pada April seterusnya menyumbang 21.6 peratus daripada jumlah import minyak sayuran negara pada bulan terbabit.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: AS umum kenaikan tarif import China
Amerika Syarikat menaikkan tarif ke atas kenderaan elektrik (EV) dari China daripada 25 peratus kepada 100 peratus. Menurut White House, ia sebagai sebahagian daripada tindakan keras terhadap import China.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Jepun: 17,000 warga emas tinggal bersendirian meninggal dunia di rumah dari Jan-Mac
Kira-kira 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian di Jepun meninggal dunia di rumah antara Januari dan Mac.
Hari Keluarga Antarabangsa: PBB iktiraf amalan baik Malaysia
LPPKN diberi pengiktirafan oleh PBB untuk berkongsi amalan terbaik dalam satu forum yang diadakan di New York, Amerika Syarikat.
Pantau Agenda Reformasi: Hari Belia Negara 2024
Ikuti kupasan Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia, Hasnul Haniff Harun, sempena Hari Belia Negara 2024.
Trend permintaan lada dunia dijangka terus meningkat pada tahun ini dan tahun depan - Johari
Trend permintaan lada dunia dijangka terus meningkat pada tahun ini dan berterusan sehingga ke tahun depan.
Tahanan rumah Najib mungkin bincang minggu depan - Fahmi
Fahmi berkata, Anwar dijangka pulang daripada lawatan rasmi di luar negara pada minggu depan.
Piala Thomas: BAM akui Malaysia terlalu bergantung kepada pemain utama
Malaysia terlalu mengharapkan konsistensi prestasi Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei.
Piala Uber: Tuan rumah China bertemu Indonesia pada final
Tuan rumah China akan bertemu Indonesia bagi menentukan Juara Piala Uber selepas menewaskan Jepun 3-0.
Piala Uber: Indonesia kejutkan Korea Selatan untuk ke final pertama sejak 2008
Indonesia mengejutkan juara bertahan Korea Selatan pada aksi separuh akhir hari ini.
Mei Xing hampa gagal sumbang mata buat Malaysia
Mei Xing tidak dapat menyembunyikan kesedihannya selepas gagal menyumbang mata kedua buat pasukan Malaysia ketika menentang Australia.
Piala Uber: Tiada daya juang tinggi, Rexy kesal dengan pemain perseorangan wanita negara
Kem perseorangan wanita negara perlu memiliki semangat juang tinggi sekiranya mahu mencabar pemain lain dalam saingan antarabangsa selepas ini.
Malaysia tutup kempen Piala Uber dengan kemenangan 4-1 ke atas Australia
Malaysia mendahului dalam perlawanan pembukaan menerusi pemain perseorangan wanita profesional negara Goh Jin Wei yang menewaskan Tiffany Ho, 21-6, 21-12.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Lima pasukan jadi pilihan julang Piala Uber 2024
Koea Selatan boleh menjangkakan saingan sengit daripada kuasa besar seperti China, Jepun serta pasukan baru dalam saingan Piala Uber.
Piala Uber: Tiada istilah mengalah buat Mei Xing
Pemain itu bagaimanapun mengakui sedikit terbeban dengan ketiadaan pasangan utama negara Pearly Tan-M Thinaah dalam kejohanan berkenaan.